Posts Subscribe to (PUT YOUR BLOG NAME HERE)Comments

Saturday, June 11, 2011

Kembali

assalamualaikum...

terasa amat lemah dan kerdil..
segala syukur ke hadrat ilahi.. kemaafan dipinta tiada perkongsian bersama untuk seketika..kerana diri terkadang tiada kesungguhan usaha..

-keindahan ciptaan ilahi-

tangan di tadah ke langit memohon sentiasa di bawah rahmatNya..buat diri..kawan..dan ummat semua..terhindar dari dunia keasyikan dunia yang fana..

selanjutnya “Kembali”  »»

Friday, April 16, 2010

Damba CintaMu

assalamualaikum...

terasa terlalu lama.. jari-jemari tidak menulis warkah baru...kemaafan dipohon dari kelemhan diri sendiri..dikesempatan ini..tidak terlupa utk mengucapakan selamat menymbut peperiksaan untuk kawan2..semoga berjaya hendaknya..terdetik di sini..untuk memutarkan sebuah lirik lagu dari kumpulan raihan..damba cintaMu yang mengenangkan kembali..apa yang telah dilalui selama bernafas di bumi ini..salam kembali..=)

-indahnya kehidupan yang diberi-

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu

Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Seperti rasul dan sahabat

selanjutnya “Damba CintaMu”  »»

Wednesday, December 23, 2009

cerita dari pengalaman

kehidupan..diteruskan di kota raya yang besar..bermula from 1 July yang lalu..diri ini telah ditempatkan untuk menjalani latihan industri..this internship..is a compulsory course need to be taken by each of UTP students..the course will be 8 months with 14 credits hour spend..the final is on 8 January 2009..haha..the times just around the corner..alhamdulillah..


all the hard ways have been trough..now is the time to touch up and accomplished duty report..for about seven month in this kota raya..have been assigned dengan 2 projek utama..satu menggunakan java microedition (J2ME)..one of java language programming but have different syntax from standard java edition..it is specifically language for small devices programming such PDA's and mobile phone...and the other one..ada lah facebook application..named Your Zodiac..facebook has it own language call facebook markup language (FBML) and iFrame..for beginner it is suggested to use FBML..

the first application I take about a month including searching dan juga belajar secara berperingkat-peringkat mengikut task..and the other one..about 2 month..since never have any experienced with this kind of facebook language

here are some sort of my application..


the first pictures..is the main interface which application ini mempunyai 4 main function..yang first button tue adalah story..second terms and condition..ketiga is help and the last is exit..this application is extended in .jar..which is an application (same like .exe (execution))..the size is about 125KB..kandungan application..

name : Horror Story (Kisah Seram in Bahasa- 2 language)
function button: 4 - home,term,help and exit
platform : java micro edition
extended files : .jar
types : application
contents : ada 20 list of horror stories available for user to
read..need to subscribe the application in order to read
the stories..can be updated..
size : 160Kb
developed by : originally from ihsan alimi

nak cerita sikit..part yang paling susah adalah time nak build up the scrollbar..ok, kalau perhatikan pada gmbar tue..yang first interface..bila select and click first button which is story button..the second gambar keluar..tu adalah list story..then..the last is the story that user dah pilih..dekat sinilah part paling susah..huhu..di mana ktia nak bina scrollbar dengan menggunakan coding..all the interface dekat gmbar yang ketiga itu adalah coding..huhu..

then cemane nak pggil semua cerita2x tue bila kita dah select..ni memerlukan application read the database which is..story tu di save dlm notepad and the extended file is .txt..so need to build up code that can called back the story..
and then..the story need to be well view in mobile phone..so..each phone have different size of screen..huhu..the space the size of the font story also need to be set..however..alhmdulillah..I managed to do it..

kemudian..kita move to the second application..facebook application..details..

name : Your Zodiac
function button: 12 zodiac to be choose, publish form ngn invite friend..
platform : FBML
extended files : .php
types : server applciation
contents : ada 12 senarai zodiac yang user leh pilih..lepas tue leh
publish result dekat wall masing2 ngn kawan2..then
ada juga invite friend untuk sesape yang nak
promote dekat
other facebook users.
developed by : originally from ihsan alimi

tentang facebook ni x nak cerita panjang..kerana boleh tgk di sini..YOUR ZODIAC.cume pasrt yang paling susah nak built about 3 weeks diperlkukan..huhu..adalah publish stream facebook..untuk wat publish nie..gune facebook API..then language PHP yang kita gune kene same dngn language facebook..kalau berbeza..adalah error keluar..huhu..so perlu belajar..

anyway..alhamdulillah..thank God..i managed to finish this project before the datelined and present to my lecturer..untuk kawan2 yang tgh praktikal atau akan datang..good luck untuk semua..ambillah peluang dan masa yang sewaktu internship ni untuk belajr sebnyak mungkin..kerana orang yang mempunyai bnyk ilmu itu dapat menglakkan diri dari berada dalam golongan orang2 yang jahil..semoga kita tergolong dalam orang yang beriman..islam itu indah..:)

selanjutnya “cerita dari pengalaman”  »»

Tuesday, December 22, 2009

doa qunut nazilah

berhubung kepada post sebelum ini..entry ini mengkhususkan kepada doa qunut nazilah..marilah kita membacanya..semoga kita berada dalam golongan yang memperjuangkan agama Allah...



bacaan qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri. Qunut nazilah قنوت نازيله merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca mengikut Mazhab Syafii selain qunut dalam Solat Subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir Ramadan dalam Solat Sunat Witir.

qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti peperangan, wabak, kemarau dan sebagainya. Bacaan qunut nazilah ini pernah dibacakan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut yang bermaksud:

“Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

DOA QUNUT NAZILAH

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان
.

Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.

اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك

Ya Allah ! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mua) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.

يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين

Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!

اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم

Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك

Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.

اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار

Ya Allah! Rezkikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.

وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين


selanjutnya “doa qunut nazilah”  »»

اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين

BAITULMAQDIS 21 Dis. - Israel mengakui pakar patologi forensiknya pada 1990-an mengambil organ daripada mayat termasuk mayat penduduk Palestin tanpa kebenaran keluarga mereka..Isu itu timbul berikutan penyiaran wawancara dengan ketua institut forensik Abu Kabir di Israel, Dr. Jehuda Hiss.

wawancara itu dijalankan pada 2000 oleh seorang ahli akademik Amerika Syarikat (AS) yang menyiarkannya disebabkan kontroversi besar yang tercetus pada musim panas lalu, selepas sebuah akhbar Sweden mendakwa Israel membunuh rakyat Palestin bagi tujuan mengambil organ mereka. Israel menafikan dakwaan itu..Petikan wawancara tersebut disiarkan oleh stesen televisyen Israel, Channel 2 pada hujung minggu lalu.

"Kami mula mengeluarkan kornea... apa jua yang dilakukan adalah sangat tidak formal. Tiada kebenaran diminta daripada keluarga terlibat," kata Hiss dalam wawancara tersebut..

Menurut laporan Channel 2 itu, pakar forensik di Abu Kabir mengambil kulit, kornea, injap jantung dan tulang daripada mayat askar Israel, rakyat Israel, penduduk Palestin dan pekerja asing, selalunya tanpa izin keluarga mereka..Sebagai mengulas laporan televisyen itu, tentera Israel mengesahkan amalan tersebut berlaku.

"Kegiatan itu dihentikan sedekad lalu dan tidak lagi berlaku," menurut satu kenyataan tentera Israel..Hiss dalam wawancara itu menceritakan bagaimana doktor menyembunyikan perbuatan mengeluarkan kornea daripada mayat.

"Kami menutup kelopak mata dengan pelekat, dan tidak akan mengambil kornea daripada mayat jika kami tahu keluarga berkenaan akan membuka kelopak mata," katanya.

saat diri ini membaca berita ini..terasa meremang bulu di tengkuk..terasa panas di dalam hati..jauh di sudut hati..ampunkanlah hambaMu ini..lantas sambung membaca doa qunut nazilah..semoga tuhan sentiasa bersama kita..

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان.

Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.

اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك

Ya Allah ! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mua) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.

يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين

Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!

اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم


Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك

Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.

اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار

Ya Allah! Rezkikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.

وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين



selanjutnya “اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين”  »»

seorang musafir

hamparan laut biru dengan pantai dan hujan serta angin yang meniup sepoi-sepoi bahasa sepanjang perjalanan..membawaku ke suatu pengalaman untuk bertafakur..menikmati keindahan dalam bersendirian, mengekspresikan sebahagian fitrah diri yang entah bila akan berakhir..menemukan kembali relung-relung dalam diri yang telah lama hilang..mengingatkan kembali akan diri ini sebenarnya kita adalah seorang musafir dalam alam ini.....



bersempena hujung minggu lepas dan minggu ini..perjalanan yang begitu jauh dan indah telah diri ini lalui..entry ini berkongsi sebuah pengisian daripada bimbingan mukmin (Ringkasan Ihya’ ‘Ulumuddin karangan Imam Al Ghazali) tentang bermusafir..entry ini akan dibahagikan kepada penerangan jenis Golongan Musafir dan Adab–Adab Musafir...

GOLONGAN MUSAFIR

GOLONGAN PERTAMA:

bermusafir untuk menuntut ilmu pengetahuan..ini adakalanya wajib atau sunat..dilihat dari jenis ilmu pengetahuan yang dituntut..

“barangsiapa yang keluar dari rumahnya untuk mencari ilmu pengetahuan, maka ia berada di dalam jalan Allah sehingga ia kembali”
(Riwayat Tarmizi)

ambillah manfaat dari pemandangan yang indah semasa dalam perjalanan dan fikirkanlah tentang keagungan ayat-ayat Allah..semoga ia menambahkan lagi keimanan dan meneguhkan keyakinan kepada Al-Khaliq.

GOLONGAN KEDUA:

bermusafir untuk tujuan ibadah seperti menunaikan haji dan peperangan.
Hadis Abu Hurairah r.a:

“janganlah kamu bersusah payah musafir untuk sembahyang kecuali menuju ke tiga buah masjid iaitu masjidku ini iaitu masjid Nabi, Masjidilharam di Mekah dan Masjidilaqsa“
(Sahih Muslim)

GOLONGAN KETIGA:

bermusafir untuk menghindarkan diri dari sebab-sebab yang menganggu agama.

GOLONGAN KEEMPAT:

bermusafir untuk menghindarkan diri dari sesuatu yang membahayakan tubuh..

secara ringkas..tujuan musafir berdasarkan niat kita..kerana jika seseorang dalam perjalanan menunaikan haji sekalipun, tetapi didorong perasaan riak, maka bermusafir seseorang itu tidak lagi dikira sebagai seorang musafir... maka, mari kita berfikir sejenak, begitu jauh kita mengembara pulang, tetapi adakah niat kita berada di dalam niat yang diredhai Allah s.w.t... jika tidak, maka sia-sialah perjalanan kita..yang hanya mebuahkan penat dan hasil dunia sahaja.

إِنَّمَا الأعْمَالُ بِالنِّياتِ
“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.”
(Sahih Bukhari dan Muslim)

ADAB – ADAB MUSAFIR

Adab - adab ini menerangkan tentang perihal sebelum musafir sehinggalah seseorang pulang kembali..dihuraikan dalam bentuk yang ringkas...

Adab I

1. Dimulai dengan memulangkan semula semua harta yang diperoleh dengan pinjaman..secara zalim, penganiayaan, penipuan, pencurian dan sebagainya..
2. Tunaikanlah segala hutang piutang yang masih tertunggak..
3. Lengkapkanlah persiapan dan nafkah tanggungannya..agar tanggungannya ia tidak menghadapi kesukaran nanti..
4. Bekalan yang mahu dibawa mestilah dengan cara benar..bukan diperoleh dengan cara haram lagi batil..
5. Sekiranya, bepergian dengan kumpulan...pastikanlah bekalan mencukupi untuk semua ahli kumpulan.
6. Dalam bermusafir..usahakanlah selalu mengucapkan perkataan-perkataan manis dan baik, suka beri makan pada orang lain.
7. Tampilkanlah budi pekerti yang luhur lagi mulia kerana sepanjang musafir, seseorang akan menemui perkara -perkara yang menyakitkan hati, menimbulkan kekeluhan, maka barangsiapa yang masih luhur budi pekertinya semasa musafir, itu adalah tanda kebaikan budi pekertinya.
8. Berbuat baik kepada sesiapa yang kita sewa bendanya, menolong orang yang tergendala perjalanannya.
9. Beri sedekah kepada orang yang habis bekalan.
10. Lebih sempurna, jika dapat bergurau senda dengan kawan-kawan, tetapi jauhilah perkara maksiat dan perkataan kotor. Semua ini dapat meringankan kesukaran dan mengurangkan keluhan hati.

Adab II

1. Apabila jauh, hendaklah bermusafir dengan sahabat..carilah sahabat dahulu, baru bermusafir..carilah sahabat yang dapat membantu dalam urusan agama, agar ia dapat mengingatkan apabila kita lalai dan lupa..
2. Angkatlah seorang menjadi pemimpin..pilihlah yang terbaik akhlaknya, yang selalu mengutamakan kepentingan sahabatnya dari dirinya dan mengutamakan persepakatan..

“Jika kamu bermusafir bertiga, maka angkatlah seseorang di antara kamu itu sebagai pemimpin.”
(Riwayat Thabrani)

Adab III

1. Sebelum berangkat hendaklah meminta diri dahulu dari sahabat-sahabat yang masih menetap atau tidak ikut bermusafir..orang yang meminta diri sebaiknya mengucapkan
“Saya serahkan kepada Allah, agama dan amanat saudara, dan penutup amalan saudara.”
(asal hadith, diriwayatkan Tarmizi)

2. Setelah itu diikuti dengan berdoa..
“Mudah-mudahan engkau dibekali ketakwaan oleh Allah, dan Allah mengampuni dosamu dan menunjukkan kebaikan kepadamu di mana sahaja engkau berada.”

3. Selanjutnya, orang yang mahu bermusafir itu hendaklah beristikharah dan bertawakkal kepada Allah swt sebaik saja melangkah keluar pintu...

4. Bacalah doa menaiki kenderaan..

Adab IV

1. Hendaklah mempunyai sifat belas pada binatang kenderaannya..jangan sekali dibebani sehingga overload dan jangan dipukul kepalanya sebab kedua tadi sangat dilarang dalam Islam.
2. Disunatkan sekali sekala turun dari kenderaan untuk merehatkannya.
3. Hendaklah seseorang tidak membawa suatu yang tidak termasuk di dalam perjanjian ketika sewa menyewa dibuat.

Adab V

1. Hendaklah selalu berhati-hati, jika bermusafir bersama kafilah atau rombongan agar tidak tertinggal. .sebaiknya berganti-ganti jaga semasa tidur.
2. Orang yang bermusafir hendaklah membawa bersamanya alat-alat mengemas diri..pada masa yang sama tidak terlalu menyusahkan dirinya dalam perihal taharah (bersuci), baik berwuduk dan sebagainya.

Adab VI

1. Apabila Rasulullah s.a.w selesai berperang atau menunaikan haji / umrah, baginda sentiasa bertakbir di tempat tinggi sebanyak 3 kali..
2. Rasulullah saw melarang mengetuk pintu rumah keluarganya sewaktu malam..seolah begitu mendadak kedatangannya agar tidak mengejutkan..
3. Baginda mengajar apabila sampai...menuju ke masjid dan menunaikan solat 2 rakaat.. kemudian barulah baginda masuk ke rumah..
4. Bawalah buah tangan untuk keluarga mengikut kemampuan..ini adalah kerana kita disunatkan..memberikan kegembiraan dengan membawa buah tangan..tambahan, ini adalah tanda mereka tetap diingati apabila bermusafir..
5. Apabila berada di negeri, bertemulah dengan ilmuan, ulama, hukamak dan mempunyai peribadi yang baik..niatkanlah untuk mendapat faedah dan manfaat daripada mereka.
6. Jika mahu menziarahi sahabat, elakkanlah melebihi 3 hari menetap di rumahnya, kerana memang itulah hadnya seseorang perlu dilayan sebagai tetamu..kecuali orang yang diziarahi sangat berat untuk ditinggalkan, atau sangat rindu kerana lama tidak berjumpa..
7. Janganlah melakukan perkara yang tiada manfaat..kerana ini akan melenyapkan keberkatan perjalanannya.

Alhamdulillah, telah selesai kita membaca adab-adab bermusafir..semoga ini menjadi titik untuk kita berfikir kembali tentang perjalanan kita sebenar hidup ini..selamat menemui keluarga and have a safe journey bagi yang bakal pulang minggu ini dan seterusnya!

selanjutnya “seorang musafir”  »»

Monday, December 21, 2009

kesempatan waktu

Alhamdulillah..
setelah hampir 7 bulan lebih berada di kota raya..tinggal lebih kurang 11 hari..untuk menghabiskan hari-hari di opis ini..project telah pun dibentang..di hadapan lecturer..segalanya berjalan lancar..tetapi masih tiada kesempatan untuk update entry blog..huhu..disebabkan kesibukan membuat report..final report..dan juga hari bahagia untuk insan istimewa dalam keluarga..semoga berbahagia..
weekend lepas berada di terengganu..bergerak bila matahari terbit..dan sampai..sudah tenggelam kembali..tanggal awal muharram diraikan di dalam kereta dengan iringan doa awal dan akhir tahun bersama keluarga dibimbingi oleh imam besar..masjid negara..melalui radio di kereta..melangkah ke rest house dengan sorakan malaysia mejaringkan goal dalam bola sepak final sukan sea..hidup di hujung mnggu dihabiskan di dalam kereta..syukur segalanya selamat dan dipermudah..


hujung minggu ini..akan bertolak balik ke kampung..di belah pihak pengntin lelaki pula..tugas yang paling pasti perlu dilakukan ialah membasuh periuk...walaupun menggunakn khidmat catering..seakan pasti tugas ini bakal digalas di bahu ini.. kepada yang berkesempatan..dijemput hadir ke rumah..malam khamis akan bergerak pulang..ke tempat kerja barang2 semua perlu di bawa sekali dngn kereta..abis kerja terus bergerak..abah dan mama..tggu kepulangan anakanda mu..:)..

kalau diikutkan..hidup ini terlampau singkat untuk kita mengatakan bosan atau tidak tahu untuk melakukan apa-apa..sumbangkanlah apa yang terdaya kepada agama dan bangsa..jangan kita lalai di dalam dunia kita sahaja..dalam sedar x sedar..kita dah pun berada di pertengahan umur..setiap detik...kita makin hampir kepadaNya..

Doa untuk memudahkan sebarang urusan..
Maksudnya:

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.

selanjutnya “kesempatan waktu”  »»

 
crEature paTh calLed iNsan is proudly powered by Blogger.com